Monday, February 2, 2009

Dansing Through Broadway kembali dipentas: Harian Metro

R10 Rap Sabtu, 31 Januari 2009

Dansing Through Broadway kembali dipentas
Musim kedua tampil persembahan lebih mantap dengan tambahan lebih banyak lagu


Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

Dansing Through Broadway (DTB) kembali dipentaskan selepas mencipta kejayaan membanggakan pada pementasan pertama yang diadakan di Panggung Bandaraya Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur, sekitar Jun 2008

Kini, sempena pementasan kedua DTB yang ditangani pengarah muda, Sabrina Hassan diperkemaskan lagi dari pelbagai sudut sebagai usaha mengangkat teater ini ke satu tahap yang lebih prestij.

Pementasannya akan diadakan selama empat hari di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bermula pada 19 hingga 22 Februari ini.

Akui Sabrina, yang ditemui di kediaman produser dan koreografer, Farah Sulaiman di Duta Nusantara, tidak lama dulu, DTB kali ini menjanjikan persembahan yang lebih mantap dan menghiburkan.

“Percubaan kali pertama sudah tentu terdapat banyak kekurangan dan kelemahan.“

Justeru, apabila diberi peluang sekali lagi untuk mengarahkan pementasan ini menjadi tanggungjawab saya sebagai pengarah untuk memperkemaskan setiap sudut yang kurang mantap agar pementasan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

“Sudut penceritaan juga lebih ketat dengan penambahan lagu dan muzikal. Jika musim terdahulu memperkenalkan 20 lagu, untuk pementasan kali ini ia ditambah kepada 22 lagu. Selain itu pementasan kali ini menggabungkan 16 muzikal yang dipetik dari teater broadway popular antarabangsa.

“Harapan kami tentunya untuk melihat penonton terhibur dalam masa yang sama mengharapkan mereka memperoleh ilmu daripada pementasan ini.

“Kita juga berharap pementasan teater broadway akan menjadi satu industri yang penting dalam kesenian negara,” katanya.

Selain penambahan babak dan lagu, Sabrina menambah, berlaku rombakan kecil yang membabitkan pertukaran sebilangan pelakon, tarian, kostum serta rekaan set.

Sebanyak 22 lagu didendangkan dalam teater berdurasi dua jam ini, antaranya dipetik melalui My Fair Lady (Correction: My Fair Lady not available in Season 2), Mary Poppins, Hello Doly (Correction: It is "Hello Dolly"), Oliver, Miss Saigon, Phantom of The Opera, Son & Moon (Correction: The song "Sun & Moon" is from the Musical Miss Saigon") dan Hair Spray (Correction: "Hairspray").

Sementara itu, Farah yang turut bertindak selaku produser merangkap koreografer DTB memaklumkan teater ini kembali dipentaskan atas sokongan Persatuan isteri Kakitangan dan Kakitangan Wanita Petronas (Petronita).

“Berdasarkan sambutan menggalakkan yang diberikan sebelum ini, Petronita sekali lagi berminat untuk kembali bekerjasama dengan kami.

“Saya berpendapat pementasan kali ini lebih terancang dan akan lebih menarik kerana selain bertukar ke dewan pementasan yang lebih luas, semua pelakon sudah mula menjalani latihan sejak empat bulan lalu.“

Selaku produser saya amat mengharapkan peminat teater serta masyarakat di luar sana memberi sokongan pada pementasan DTB kerana sambil berhibur acara ini juga diadakan untuk tujuan beramal.

“Hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada tabung Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Kanak Kanak Malaysia serta Pembedahan Baik Pulih Sumbing Bibir dan Lelangit termasuk Musculo-Skeletal Cancer Treatment yang diusahakan Prince Court Medical Centre (PCMC),” katanya.

Seramai 42 pelakon dewasa termasuk kanak-kanak terbabit, antaranya adalah Radhi Khalid, Peter Ong, Doreen Tang (Correction: Doreen not with us for Season 2), Tria, Ho Soon Yoon, Nicole-Ann Thomas, Brian Mac, Sabrina Hassan dan Johan Yusof.

Ia turut membabitkan Sayang Dancers and Sayang Junior Dancers.

Radhi Khalid yang berpengalaman membintangi teater Anak Kerbau Mati Emak, Sound of Music dan Show Saturday Night pula, melihat karakternya untuk musim kedua ini lebih berkembang.

“Bagi penonton yang pernah menyaksikan DTB sebelum ini pastinya mereka mengharapkan sesuatu yang lebih atau kelainan berbanding apa yang pernah ditontoni. Saya sendiri terbabit dalam pementasan pertama, asasnya sudah ada tinggal lagi untuk memantapkan serta mewarnakan lagi karakter.“

Jika dulu terbabit dalam enam lagu sekarang ia ditambah kepada tujuh yang mana ada antara muzikal yang memerlukan saya membuat persembahan solo sambil menyanyi.

“Antara watak yang saya bawakan Fagin salah satu watak penting dalam naskhah Oliver dan Will Parker (Kansas City). Bagaimanapun saya cuba menghidupkan watak itu dengan cara saya,” katanya.

Manakala Tria, juara program realiti Anugerah, berasa teruja dan bertuah kerana diberi kepercayaan membawakan watak Dolly Levy (naskhah Holle Doly)(Correction: Again, it is "Hello Dolly"), Princess Amarie (Correction: Princess Amneris") (Musical Aida) serta beberapa watak sampingan.

“DTB adalah teater kedua yang saya jayakan selepas Broadway Paradise (Correction: Broadway "Parodies") . Bagaimanapun, jujur saya katakan saya semakin mencintai bidang ini.

Apa yang menarik mengenai watak saya, penonton boleh melihat kepelbagaian karakter dalam satu persembahan.

“Saya sendiri teruja melakonkan watak Dolly Levy yang mana sewaktu dulu saya sering membawa kisahnya. Bukan itu saja, pementasan kali ini juga saya akan membawakan watak baru iaitu seorang anggota kumpulan Dinamik (Correction: "Dynamites")yang di persembahkan dalam Hair Spray,” (Correction: "Hairspray") katanya.

No comments: